expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 31, 2015

Happy Birthday Sue dan Selamat Tahun Baharu 2016


Entri ini sangat istimewa kerana entri terakhir untuk tahun 2015. Selain itu, istimewa juga sebab hari ini juga merupakan hari lahir isteri saya, puan Sue. Happy Birthday Sue!. Tahun ni tak ada acara potong kek. Hehe..sibuk sangat tak sempat nak tempah kek. Apapun kami sekeluarga sempat keluar makan sebentar tadi di Restoran Ali Baba Tempayan di Kota Bharu. Kiranya dua dalam satu, sambut birthday dan tahun baharu 2016!



Kat restoran ni menu utama roti tempayan. Menu lain seperti masakan panas pun ada juga. First time kami ke sini. Meriah betul waktu malam sekitar tebing sukan Kelantan ni.



Jom makan....
Sedap jugalah roti tempayan dengan kuah kari ayam ni.



Oh ya... sempena birthday isteri kali ni,
ada hadiah istimewa...tu kat jari hadiahnya!



Ok...selamat hari lahir Sue. Juga selamat tahun baharu buat semua. Terima kasih kepada yang selalu  berkunjung ke blog saya ni sepanjang 2015. Jumpa lagi tahun 2016!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.