expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, December 27, 2015

Kemboja: Bunga Kematian


Tentu ramai yang bersetuju jika dikatakan bunga kemboja adalah bunga kuburan. Pokok kemboja, terutamanya kemboja putih banyak ditanam di tanah perkuburan. Jadi adakah satu kesalahan menanam pokok ini di kawasan rumah atau taman? Saya tidak melihat itu sebagai satu kesalahan atau di luar kebiasaan. Kat rumah saya pun ada 2 pokok kemboja, satu kemboja putih, dan terbaru seperti dalam gambar tu, kemboja merah. Bunga kemboja merah tu...berbunga sulung. Dah lama menanti, akhirnya berbunga juga!



Tengok tu..tanam dekat dekat rumah lagi. Kalau kemboja dikaitkan dengan kematian, bagus juga tanam dekat dengan rumah, supaya kita akan sentiasa mengingati kematian. Hehe... Kenapa saya pilih pokok kemboja? Senang jer, selain bunganya yang cantik dan nampak bersih, pokoknya juga tidak berserabut dengan daun yang banyak. Nampak tenang saja kan.



Kemboja merah tu ada tiga cabang utama. Harap-harap boleh hidup subur dan terus mengeluarkan bunga-bunga cantik, Mana kemboja putih? Ada... kemboja putih yang asal telah mati selepas banjir 2014 yang lalu. Tapi, Alhamdulillah sekarang dah tumbuh cabang yang baru dari pokok asal. Dah berbunga juga. Saya tak masukkan dalam entri ni, lain kalilah.

Kepada yang berminat dengan kemboja ni, tanam saja. Jangan takut dengan mitos bunga kuburan. Pedulikan kata orang. Apa yang penting, pokok ni mesti cantik kalau di tanam di taman atau halaman rumah. Itu kata saya lah...Pendapat orang lain, lain pula yer!


4 comments:

  1. cantik.. nanti lagi banyak bunga, lagi cantik...

    ReplyDelete
  2. Walaupun Kemboja dikaitkan dengan kematian..
    Tapi saya suka bunga kemboja.. Cantik dipandang..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.