expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, December 30, 2015

Ular muncul lagi kat rumah kami


Ahhh...ular datang lagi! Kali ni dijumpai kat garaj terbuka di sebelah rumah kami. Cuba perhatikan gambar paling atas tu, nampak tak yang berwarna putih tu? Itulah sarung ular, juga dikenali sebagai proses bersalin kulit. Bulan Mac dulu kami dikejutkan dengan sarung ular yang hampir sama berada dalam bilik anak. Entrinya di sini [KLIK SINI]. Ular tersebut telah dijumpai beberapa hari selepas itu. [KLIK SINI]. Sarung ular yang baru tu saya jumpa pagi tadi. Ishh seram betul tengok. Dahlah tempat tu kami buat tempat jemur pakaian. Kereta juga letak di situ. 



Tunggu punya tunggu, cari punya cari, akhirnya saya nampak kepala ular tu berada dalam batang besi berlubang bumbung garaj tu. Kat situ rupanya, ingatkan bersarang dalam beberapa batang paip besar yang saya letak kat atas tu, rupanya tidak...tapi entahlah..dekat jer batang besi tu dengan batang paip tu.. Mungkin dalam gambar  tak berapa jelas kepala ular tu. Ambil gambar dari jarak jauh jer tu. 

Kenapalah ular tu pilih garaj tu untuk bersalin kulit. Padahal hutan kat sebelah tu jer. Hutan tu pun bukan tebal sangat pun. Cuma pokok-pokok menjalar jer banyak. Harap-harap lepas ni ular tu masuklah ke hutan tu. Jangan datang lagi yer!

Saya tak pasti spesis apa ular tu. Biar apapun spesisnya, janganlah ganggu kami. Huhu...




1 comment:

  1. umah kawan saya kat area kota bharu, kelantan pun tempat 'sarang' ular. dah banyak ekor jumpa kat rumah dia tue.sehari dua ni pun ada lagi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.