expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 1, 2015

Wayang Kulit Kelantan


Cuti sekolah ni kalau takde benda nak main...jom main benda ni...wayang kulit. Haha...siapalah yang pandai main wayang kulit sekarang,,entah-entah wayang kulit pun tak kenal. Gambar kat atas tu contoh wayang kulit yer anak-anak. Kalau robot atau permainan lego boleh digerak-gerakkan sendinya, wayang kulit pun boleh juga tau! Tapi nak buat ni bukanlah senang. Tengok saja corak dan ukiran tu..ambil masa juga nak siapkan.



Wayang kulit melayu Kelantan ni berasal dari Kemboja, dibawa masuk melalui Pattani, Selatan Thai. Tak mustahillah ia juga dikenali dengan nama wayang Siam. Kebanyakan ceritanya saduran epik Ramayana versi Thai. Patung-patung wayang kulit seperti patung Seri Rama dan Laksamana mirip pakaian tradisional selatan Thai.



Kalau nak tahu...ada banyak watak wayang kulit ni. Yang popular, Hanuman, Seri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana, dan Laksamana. Watak sampingan pula, Pak Dogol,Wok Long, Samad, Wok Yoh dan lain-lain. 



Di belakang tabir... selain patung wayang kulit, kena ada alat muzik khas mengiringi persembahan. Antaranya serunai,Gendang Ibu dan Anak, Gedombak Ibu dan Anak, Kesi, Geduk Ibu dan Anak, Gong dan Canang.



Gambar atas tu contoh bangsal atau panggung wayang kulit. Biasanya wayang kulit ni dipersembahkan pada waktu malam. Penonton duduk kat depan skrin atau layar putih tu! Kat belakang layar putih tu ada Tok Dalang atau ketua kumpulan yang akan menggerak-gerakkan patung sambil bercerita. Lain-lain ahli akan bermain alat muzik tu. Amacam? seronok tak? 


1 comment:

  1. owh, berasal dari kemboja ek? ingat berasal dari siam...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.