Mencari kelainan di tempat makan? Kami baru jer pergi ke satu tempat makan ala-ala dalam taman. Cantik dengan hiasan taman dengan sinaran lampu-lampu. Saya suka tengok koleksi payung putih sebagai peneduh dan ruang makan berpagar putih dihiasi lampu cantik! Nama restoran ni Dayang Cafe. Terletak berhampiran simpang trafic light Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan.
Terdapat beraneka menu. Kami pilih chicken chop dan roti tempayan. Masa kami pergi tu, ramai juga pelanggan kat sini. Kita tunggu jer kat meja, kemudian oder apa sahaja. Masa menunggu tak lama sangat, sekejap jer. Ada juga yang membuat tempahan awal, terutamanya kalau nak makan di ruang taman tu. Kami tak buat tempahan pun, first time pergi nasib baik kebetulan ada satu meja kosong di taman tu. Eh macam tahu-tahu jer kami nak datang. Hehe... Tentang harga? Rasanya berpatutan.
Meja makan pun banyak disediakan di ruang utama. Penuh jer saya tengok. Kalau ruang taman penuh, boleh jer makan kat ruang utama ni. Oh ya, kalau makan kat ruang taman tu kita dihiburkan dengan persembahan khas. Semasa kami pergi tu ada sekumpulan anak muda buat sambutan birthday di sini.
Kalau berada di sekitar Kota Bharu, bolehlah berkunjung ke Dayang Cafe. Rasailah keunikan tersendiri makan malam dalam taman bersama keluarga atau rakan-rakan.
Tak ada alamat ka. Nanti mudah nak singgah
ReplyDeleteKB! Wah the view is greatttt hihi
ReplyDeletecantik tmpat dia..)
ReplyDelete