expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 27, 2016

Halaman Rumah nampak Kemas apabila rumput dipotong


Setiap kali selepas aktiviti memotong rumput di halaman selesai, sejuk mata memandang. Hehe..tentulah kan.. dapat tengok padang dengan rumput yang pendek. Budak-budak pun suka bermain-main kat halaman rumah apabila rumput pendek. Nak siapkan memesin rumput menggunakan mesin rumput jenis yang ditolak ni mengambil masa 3 jam juga. Huhu.... Semua buat sendiri, selain dapat mengeluarkan peluh dapat juga menjimatkan kos.



Rumput yang siap dimesin, dibiarkan kering sebelum dikumpul untuk dibakar. Alamak...pembakaran terbuka!Hehe.. Bukannya banyak pun. Kalau tak dibakar bertimbun pula jadinya. Sehari dua ni asyik hujan pula pada waktu petang. Jadi padang di halaman rumah kami tu nampak menghijau semula. Penat sebelum ni pun belum hilang lagi, dah nampak panjang rumput tu.



Penat memotong rumput akan berbaloi apabila melihat halaman rumah dah bersih dan cantik. Cantik ker? Haha... Bukan cantik, tapi kemas. Rasanya seminggu lagi ni kena buat aktiviti memotong rumput sekali lagi... Itupun kalau cuaca mengizinkan.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.