expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 22, 2016

Hilangnya Sebatang Pen UNIC


Entri ini ditulis  dengan penuh kesedihan (cewah!) Harap-harap sesiapa yang membacanya juga dapat menyelami kesedihan ini. Amboi...teruk betul bunyinya! Baca tajuk entri tu pun dah tahu pasal apa kan. Ringkas cerita nak beritahu pen kesayangan saya dah hilang hari ni! Huhu.. Biarpun harganya cuma puluhan ringgit, tapi nilai sentimentalnya sangat tinggi. Alkisahnya begini...



Semasa perjumpaan pagi (taklimat untuk semua guru) tadi, ada seorang rakan ni nak pinjam pen saya tu sekejap untuk menulis sesuatu sebab dia dia tak bawa pen. Hehe...cikgu pun ada yang lupa bawa pen. Saya pun beri jer sebab dia nak guna sekejap. Entah macamana apabila habis perjumpaan tu saya terlupa nak minta balik . Dah keluar bilik mesyuarat baru teringat... Apabila saya tanya pasal pen tu, rakan saya tadi juga terlupa dia letak kat mana atau ada orang lain pula mengambilnya. Adus...tragedi sungguh ni!

Sayang punya pasal pada pen tu, maka bergegaslah saya pergi cari semula kat bilik mesyuarat. Hampa... tak jumpa! Siap umum dalam group whatsapp kot-kot ada yang terambil, tapi takde respon. Hmm takkan nak masuk TV3 atau Astroawani pula kan! Haha....



Balik rumah, tengok kotak asal pen ni. Masih baru sebab pen ni baru jer beli dalam 3 minggu lepas. Dakwat refillnya pun masih belum dibuka. Nampak gayanya kena beli pen yang baru untuk mengubat kedukaan. Orang kata, patah tumbuh hilang berganti. Tapi percayalah yang berganti itu tetap tetap tidak sama dengan yang asal!


3 comments:

  1. sabar ye. semalam dpt gaji kan? jom beli yang baharu!

    ReplyDelete
  2. lepas ni jgn lupa engrave nama di pen tu :)

    ReplyDelete
  3. Bertabahlah.. bersabarlah.. mana tahu ada sesuatu yang lebih baik akan dapat disebalik kehilangan pen tersebut.. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.