Kalau anda melalui deretan kedai yang menjual kain pasang, apakah yang menarik perhatian mata anda? Adakah timbunan kain, gantungan kain, mahupun kain yang dipakaikan pada patung? Harap tak adalah jawapan tertarik kepada penjual kain pula yer. Sebab kebanyakan yang nak beli kain pasang ni wanita, dan penjualnya pula kebanyakannya wanita. Hehe.. Saya percaya jawapan utama, mata kita akan lebih tertarik pada kain yang dipakaikan pada patung tu dulu berbanding dengan kain yang dipamerkan dengan cara lain. Kenapa yer?
Kebanyakan pekedai memakaikan patung mereka dengan kain yang menarik dan cantik. Ada yang memadankan kain pasang tu dengan tudung. Itu langkah yang bijak sebab pembeli tak payah fikirkan warna tudung untuk dipadankan. Hebat lagi, siap dipadankan dengan rantai yang dikira sesuai dengan corak dan warna kain tu. Wanita mesti lebih arif pasal ni. Orang lelaki pun jangan risau kalau nak beli kain pasang untuk isteri atau teman wanita, khidmat nasihat secara percuma akan diberikan oleh pekedai kain pasang tentang kain yang sesuai dibeli untuk golongan tertentu. Jangan tanya patung sudah!
Nampak tak peranan penting yang dimainkan oleh patung-patung yang dipakaikan dengan kain pasang tu? Patung ni tak payah berkepala pun ok... Pembeli bukan nak tengok muka pun, cuma nak tengok corak kain jer. Opss budak dalam gambar tu bukan patung yer... Itu anak saya. Huhu
Hmmm kalau lalu di kedai kain pasang boleh rambang mata dengan kain-kain yang cantik coraknya. Tak hairanlah ramai yang membeli secara online kain pasang sekarang ni. Alasan, tak ada banyak masa untuk mengunjungi kedai-kedai kain.
haha mmg betul berpisah tiada
ReplyDeletejangan tertipu dengan susuk patung sudah la yer...hehe
ReplyDeletebetul kain yang mempunyai corak yang cantik biasanya menarik perhatian
macam murni sendiri pon memang suka pilih yang dekat patung..baru sabtu lepas pergi pasar malam beli tudung pon yang display dekat patung..hahaha
ReplyDeleteorg umh saya pun suka membeli kain. buat bajunya x di jahit2 lagi. he he he. rajin membeli kata orang.
ReplyDeletehaha..anak tu part kelakar..tiba2 dia pun interframe..hehe
ReplyDelete