expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, January 2, 2016

Tersuka Tanpa Sengaja Beli Beg Sedondon


Masa pergi window shopping hari tu kami terbeli beg. Amboi..terbeli tu! Macam tu kot yang dikatakan tersuka tanpa sengaja. Bukan apa, tengok beg macam berkenan pula. Bolehlah bawa ke sekolah nanti. Anak-anak dah beli beg sekolah, kini giliran ibu bapa nya pula. Tak sangka beg pilihan kami tu sama jenama iaitu John Langford dan sama colour



Inilah beg baharu saya. Nak isi apa dalam tu, kita fikir kemudian. Tak tahu nak bawa apa, pikul beg saja pun takpe juga. Kira macam aksesori ke tempat kerja lah ni! Harga tu... sebelum diskaun. Kalau takde diskaun, tak beli pun beg tu.



Ini pula beg pilihan puan isteri saya. Setahun sekali mesti tukar beg untuk ke sekolah. Nasib baik beli satu jer. Kalau nak beli untuk seminggu mengikut warna baju ...aduss.. tak dapat nak tolong. Harap-harap beg sekolah baharu ni dapat memberi suntikan semangat untuk memulakan tugas bagi sesi 2016 ni. Selamat kembali ke sekolah!


5 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.