Lama tak keluar bersiar-siar pada waktu malam di bandar Kota Bharu. Satu malam tu kami keluar jalan-jalan sekitar Kota Bharu berhampiran tebing sungai Kelantan, ternampak aktiviti bermain kasut roda atau roller blade ni. Amboi meriah juga... ramai kanak-kanak dan remaja sedang bermain kasut roda. Hmm.. anak saya yang tak pernah main roller blade ni pun nak cuba juga.
Rupanya ada pengusaha yang menjalankam perniagaan sewaan kasut roda. Bayaran RM 5 untuk setengah jam. Malam tu ketiga-tiga anak saya mencuba bermain kasut roda. Mula-mula cuba setengah jam, kemudian tambah lagi setengah jam. Habislah RM 30 malam tu. Huhu..
Bukan main suka lagi budak-budak ni. Mula-mula jer macam takut-takut, tapi apabiula dah biasa, laju jer... Terjatuh jugalah beberapa kali. Huhu..Siap beritahu nak datang lagi ke sini...
Kepada yang nak cuba, bolehlah ke sini....
Di kawasan Menara Tinjau dan Tambatan D'Raja, Kota Bharu.
menarik aktiviti skating malam2 :)
ReplyDeleteSop pun lama x skating ni
bestnyaaa skatingggg aaa nnt nak gi la kalu kelik hihi
ReplyDeletesy tak pandai nak main roller blade..hihi
ReplyDeleteBleh dop nok mitop contact no yg buat sewa roller blade ni
ReplyDeleteSekarang ni ada lagi ke tmpt tu ?
ReplyDeleteNaik main..tp xada org nak ajar...ad spe2 boleh ajarkan x?
ReplyDelete