expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, February 10, 2016

Batu Caves ada tarikan Tersendiri


Batu Caves, satu tempat yang tak perlu diperkenalkan lagi. Ramai yang dah tahu kewujudan tempat ini sama ada dalam kalangan pelancong dalam mahupun luar negara. Selain menjadi tempat ibadat bagi penganut Hindu, Batu Caves ada tarikannya yang tersendiri. Saya sempat ke sana untuk kali kedua baru-baru ini. Kali pertama berkunjung ke sini bersama rombongan sekolah semasa zaman persekolahan dulu. Habis anak tangga Batu Caves tu kami panjat, dan berjaya masuk ke dalam gua. Kunjungan kali kedua ni bersama puan isteri, cuma sempat panjat beberapa anak tangga saja. Hehe...



Nak ke Batu Caves senang saja. Kalau anda dari TBS, boleh guna perkhidmatan komuter. Dari TBS ke Batu  Caves tambangnya murah saja iaitu RM 3.80 bagi satu hala. Kepada lelaki, hati-hati kalau naik komuter, jangan tersalah masuk koc pula. Sekarang sudah ada koc yang khusus bagi wanita sahaja. Huhu...



Masa kami ke Batu caves ni ramai juga pelancong asing berkunjung ke sini. Biarpun Thaipusam dah berakhir, Batu Caves terus menerima pengunjung. Saya rasa tempat ni memang cantik dan memang sesuai untuk merakam gambar. 





Kepada yang berkesempatan, bolehlah berkunjung ke sini. Berhati-hati juga kerana ada banyak burung merpati, kera dan anjing. Sepanjang kami di sana, tak ada pula diganggu! Hehe...


2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.