expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, February 14, 2016

Cendawan Mekah Banyak Khasiatnya


Pernah dengar pasal cendawan mekah? Saya baru jer tahu pasal cendawan  ni. Beberapa hari lepas saya dapat lihat sendiri cendawan mekah yang dikatakan mempunyai banyak khasiat. Rupa-rupanya cendawan ni ditapai selama sebulan dalam air sejuk, ataupun air tea o. Caranya, campurkan 7 gelas air sejuk dan 7 sudu gula kemudian kacau sehingga manis. Masukkan cendawan mekah ini dan tapaikan selama sebulan. Jangan gunakan bahan logam untuk menyentuhnya.



Dah cukup sebulan tu, bolehlah diminum sejurus bangun tidur pada waktu pagi ataupun selepas makan. Sehari 2 atau 3 kali sehari iaitu pagi, tengahari dan malam. Sekali minum 3 sudu atau mengikut keperluan. Bagi kanak-kanak berumur 1- 2 tahun, 1/10-1/5 gelas/hari. Kanak-kanak 3-4 tahun, 1/4 gelas/hari. 5-9 tahun, 1/3 gelas/hari. 10-14 tahun, 1/2 gelas/hari. 15-17 tahun, 3/4 gelas/hari.

Perempuan mengandung tidak boleh minum jus cendawan mekah. Sebagai peringatan, jangan gunakan air panas, jangan disentuh tanpa bersuci (hadas besar)



Terdapat banyak khasiat meminum air cendawan mekah ini. Antaranya dapat mengurangkan sakit sendi dan tulang. Menyembuhkan sakit kepala, kencing manis, menurunkan kolestrol, melancarkan pembuangan air besar. Selain itu ia dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menambahkan tenaga termasuk tenaga seksual. Cubalah...Kita hanya berusaha, Allah yang menentukannya. 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.