expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, March 9, 2016

Restoran Terapung Ikan Bakar BB Joran


Inginkan kelainan sewaktu menjamu selera? Jom saya bawakan anda satu tempat istimewa, Restoran Terapung Ikan Bakar BB Joran. Letaknya di Bukit Bidang, Selising, Pasir Putih, Kelantan. Saya sendiri pun baru pertama kali ke sini setelah terbaca mengenainya melalui FB. Menikmati ikan bakar Portugis di restoran atas air ini dengan dikelilingi ikan-ikan di bawah restoran adalah sesuatu yang menarik. Sambil makan, pengunjung boleh melihat ikan-ikan bebas berenang di dalam kolam tersebut. Nak beri ikan-ikan makan pun boleh, makanan ikan disediakan dengan harga RM1 atau RM2 sahaja. Nak memancing pun boleh juga tau!



Ada banyak menu pilihan, tetapi yang paling popular ialah ikan bakar Portugis. Harganya berpatutan. Kita boleh menikmati hidangan dengan tenang dan santai. Kalau ke sini pada waktu malam mungkin lebih romantik dengan sinaran lampu. hehe. Bawa bersama anak-anak, tentu mereka suka melihat ikan-ikan berenang-renang dalam kolam tu.



Untuk datang ke sini senang jer. Kalau dari simpang 3 Petronas Kok Lanas restoran ni terletak sebelah kiri jalan. Kalau dari simpang 3 Selising, letaknya di sebelah kanan jalan. Ada replika angsa putih di depan restoran ni!





Kepada yang berminat, bolehlah cuba ye!


3 comments:

  1. Mmg sedap kat sni. Dlu ms kat kltn selalu mkn kat sni. Sambal perencah tu sedap. Skrg dh posting tmpt lain, tak pegi dah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.