expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, April 28, 2016

AEON MALL Kota Bharu, tarikan terbaharu di Kelantan


Bertuah orang Kota Bharu, hari ini 28 April 2016 satu lagi pusat beli belah baharu dibuka iaitu AEON Mall Kota Bharu. Saya pun teruja juga nak melihat dengan lebih dekat pada hari pertama pembukaannya. Petang tadi sempat ke sana sekejap. Bagi yang belum pernah ke sana, lokasi AEON Mall ini berdekatan dengan Tesco Kota Bharu. Tempat parking luas dan mesra pengunjung. 



AEON Mall Kota Bharu ini memperkenalkan era beli belah serba baharu. Berinspirasikan Sakura Jepun dan keunikan tradisi tempatan. Patutlah banyak bunga Sakura dan Wau bulan kat dalam mall ini. Pengunjung pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar di lokasi yang memang sesuai untuk berselfie, wefie dan seangkatan dengannya.











Ada banyak restoran makanan segera yang sebelum ini tidak terdapat di Kelantan. Wah mesti cuba juga ni! Selain itu saya suka konsep tempat makan atau Food Avenue yang seolah-olah berada dalam taman. Nampak kelainan dan menarik.





Kepada yang berada di sekitar Kota Bharu khususnya dan Kelantan amnya, bolehlah ke sini untuk merasai sendiri pengalaman membeli-belah di tempat baharu. Saya pasti tempat ini akan menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan dan luar yang berkunjung ke Kota Bharu. Datanglah... dekat jer!



5 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.