Pertama kali tengok benda ni, ingatkan pemukul telur atau alatan membuat kuih. Rupanya sangkaan saya meleset. Kisahnya bermula apabila saya pergi ke pasar malam, nampak deretan barang ni di atas sebuah meja. Kemudian peniaga itu datang menghampiri saya, terus meletakkan benda ni di atas kepala saya dan menggosok-gosokkannya. Alamak...apa ke benda ni? Rupanya itu satu alat yang dicipta untuk mengalirkan darah di bahagian kepala untuk melegakan sakit kepala. stres mahupun sekadar untuk menyegarkan kepala. Selain kepala, benda ni juga boleh digosokkan di bahagian lain badan seperti bahu, siku, lutut dan lain-lain mengikut keperluan.
Saya bertanya peniaga teresbut, barang ni dicipta sendiri ker? Dia memberitahu barang itu diimport dari negara China. Memanglah... negara China ni macam-macam ada.... sampai benda macam tu pun direka. Terfikir juga, di tempat kita ni tak ada ker orang-orang yang nak reka benda sebegini. Harganya boleh tahan juga, RM 10 untuk satu unit. Boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, orang dewasa mahupun kanak-kanak.
Berkesan atau tidak? Masa mula-mula guna tu terasa kembang juga kepala apabila benda ni digosokkan di kepala. Itupun kalau orang lain tolong gosokkan. Kalau buat sendiri, macam tak berapa menjadi. Haha... Anak-anak pun suka guna... geli kata mereka. Apapun, pujian harus diberikan kepada mereka yang mencetuskan idea menghasilkan benda ni. Siapa tahu, benda yang kita anggap remeh mungkin sangat berguna kepada sesetengah orang. Cubalah sendiri mana tahu, boleh melegakan stres anda!
pertama kali tgk benda tu
ReplyDeletekalau berkesan mmg bgs tul tu.. huhu
Assalamualaikum...
ReplyDeletePun boleh je dibuat pemukul telur... :-)
Mungkin pencipta asal alat berkenaan terinspirasi dari alat pemukul telur agaknya...