expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, April 4, 2016

Colmar Tropicale, Berjaya Hills Pahang



Sebelum ini kami hanya mendengar nama Colmar Tropicale, dan melihat keunikan senibinanya melalui perkongsian foto-foto di blog-blog mereka yang pernah ke sana. Kali ini kami berpeluang ke sana dan melihat sendiri Colmar Tropicale. Macam tak percaya pula, kali pertama saya memandu sendiri dari Kuala Lumpur ke Bukit Tinggi. Jarak dari Kuala Lumpur ke sini cuma 48 km atau 45 minit dari Karak Highway. Alhamdulillah, selamat sampai setelah menempuh jalan-jalan berliku menuju ke puncak Bukit Tinggi dengan ketinggian 2600 kaki (790m).




Masa kami sampai, cuaca agak panas. Nak merakam foto pun macam tak selesa. Kami tak bermalam pun kat sini. Cuma sekadar meninjau lokasi! Mengambil masa beberapa jam saja dah cukup rasanya. Pertama kali melihat Colmar Tropicale, di Berjaya Hill Resort kagumlah juga dengan senibina bertemakan negara Perancis ini. Keinginan untuk melawat Perancis belum tercapai, jadi sampai ke sini pun kira bertuahlah!










Kalau berkesempatan, bolehlah ke sini lagi untuk bermalam pula.



3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.