Hari ni ada acara masak-masak dan makan-makan kat sekolah. Bunyi macam sedap kan. Mestilah... Majlis istimewa ini sempena Majlis Kesyukuran atas pencapaian cemerlang SMKAM dalam PT3 dan SPM 2015. Guru-guru dan staf saling bekerjasama menyiapkan masakan, untuk menjamu semua warga sekolah dan jemputan. Kehadiran bekas pelajar SMKAM SPM 2015 memeriahkan lagi majlis. Berikut panorama sepanjang majlis berlangsung.
Panjang umur, murah rezeki berjumpa lagi.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.
Pulut nyor kukur tu juga yang sedap.
ReplyDelete