Macam-macam cara boleh digunakan untuk mengajar peribahasa. Salah satu cara yang saya gunakan ialah melibatkan pelajar dalam proses mencari peribahasa, melukis lakaran, seterusnya membuat pembentangan. Dalam entri ini saya kongsikan aktiviti yang dijalankan dalam kelas tingkatan 4. Pelajar diberi masa selama 15 minit sahaja untuk mencari peribahasa dan membuat lakaran. Bersemangat mereka melukis walaupun tidak mengambil subjek pendidikan seni. Kali ini tidak dijalankan aktiviti berkumpulan. Setiap pelajar mesti ada peribahasa sendiri.
Dah siap membuat lakaran, sekarang tiba giliran untuk membuat pembentangan. Semua pelajar mesti membentangkan peribahasa masing-masing. Ada yang malu-malu kucing nak tunjukkan hasil lukisan di hadapan kelas. Masa diperuntukkan cuma seminit sahaja untuk seorang pelajar membuat pembentangan.
Pada akhir sesi, giliran cikgunya pula membuat ulasan, betulkan apa yang patut dan menerangkan sepintas lalu maksud beberapa peribahasa termasuk contoh ayatnya sekali. Biarpun aktiviti ini dijalankan untuk sesi selama satu jam, tapi ia berjaya dijalankan dengan baik. Tahniah kepada pelajar kelas 4IR dan 4P kerana berjaya menjalankan aktiviti tersebut. Semoga mendapat manfaat. Berikut beberapa hasil kerja pelajar semasa pembentangan tadi. Biarpun masa terhad, berjaya juga mereka siapkan tugasan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.