expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 5, 2016

Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands


Kalau ke Cameron Highlands, Big Red Strawberry Farm adalah tempat yang mesti ada dalam atur cara kunjungan. Apa yang menariknya tempat yang terletak di Berinchang ini? Macam-macamlah, tapi saya sukakan Strawberry Sundae dan Waffle Strawberry. Wah... sedapnya makan! Masa ke sana baru-baru ini, dahlah cuaca sejuk, hujan pula tu, tapi kami makan juga! sebab dah lama mengidam nak makan 2 makanan tu!



Ada banyak pilihan menu berasaskan strawberry kat sini. Tak laratlah nak makan semua. Hehe... Harganya pun boleh tahan juga. Selain makan-makan kita boleh cuci mata dengan bunga-bunga cantik dan pokok kaktus serta strawberry. Nak beli pun boleh. Tapi kena pilih juga jenis pokok yang sesuai ditanam kat rumah sendiri. 
















Panjang umur dan murah rezeki, kami akan ke sana lagi nanti.
Kepada anda yang ingin berkunjung ke Cameron Highlands, 
bolehlah singgah di sini,



4 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.