expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 19, 2016

Cameron Lavender, Cameron Highlands


Cameron Lavender, satu lagi tarikan yang terdapat di Cameron Highlands. Taman yang terletak di Tringkap, Cameron Highlands ini semestinya dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Cameron Highlands untuk melengkapkan jadual percutian mereka. Saya sendiri pun teruja dengan kecantikan taman lavender ini. Mungkin ini satu-satunya taman Lavender di Malaysia.



Cameron Lavender dibuka setiap Isnin hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Manakala pada hari Jumaat hingga Ahad, 9 pagi hingga 7 petang. Tiket masuk dikenakan sebanyak RM 8 bagi dewasa manakala RM 5 bagi kanak-kanak. Tempat parking kenderaan, surau, tandas, kedai cenderamata dan tempat makan, juga disediakan. Selain lavender, di sini juga terdapat pelbagai koleksi bunga yang cantik dan kebun strawberry yang kita boleh petik sendiri buahnya!
















Lokasi yang cantik dan sesuai untuk merakam gambar. Keharuman lavender di sini semestinya menjadi tarikan tersendiri kepada pengunjung. Tidak hairanlah tempat ini sentiasa dipenuhi pengunjung sama ada dari dalam mahupun luar negara. Rasailah sendiri pengalaman di Cameron Lavender!


2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.