Beberapa hari saja lagi Aidilfitri bakal disambut. Untuk menghangatkan lagi suasana, jom kita cerita pasal sampul duit raya. Saya menjadi pengumpul Sampul Duit Raya (SDR) ini secara tidak sengaja. Bermula dengan tertarik dengan pelbagai corak dan warna SDR, maka saya menyimpannya sedikit demi sedikit. Lama-lama banyaklah juga, hasil pemberian duit raya saudara mara dan rakan-rakan kepada anak-anak, juga daripada pemberian pelajar-pelajar saya! Ada juga yang dikirimkan oleh rakan-rakan yang memiliki hobi yang sama. Cuma setahun dua ini sibuk, maka saya tak sempat untuk bertukar-tukar SDR melalui pos. Jom saya kongsikan sebahagian koleksi SDR saya.
Bagi peminat tegar mengumpul SDR ini mereka akan berusaha mendapatkan sendiri SDR keluaran terbaharu daripada bank, agensi, juga syarikat tertentu yang mengeluarkan SDR. Satu kepuasan apabila mendapat koleksi terbaharu dengan usaha sendiri. Kalau ada kawan-kawan atau kenalan yang memahami hobi kita ini, lagilah bagus kan! Masa budak-budak dulu, berebut-rebut nak tambah koleksi duit raya. Dah tua ni berebut-rebut buat koleksi SDR pula! Maklumlah tak ada orang nak beri duit raya kepada kita ni! haha...
Saya kumpul mana yang ada saja. Tak kisahlah keluaran tahun bila asalkan cantik dan berkenan di hati, saya simpan sahaja. Mungkin untuk masa hadapan bolehlah dikumpul mengikut kategori tertentu.
Kepada yang berminat untuk mencuba hobi ini, silakan... Anda pasti teruja apabila dapat membelek-belek SDR keluaran lama yang akan mengembalikan nostalgia hari raya suatu ketika dahulu. Hari ini kita mungkin menganggap hobi ini biasa-biasa saja, atau membuang masa, tetapi percayalah suatu hari ini ia cukup bermakna atau BERHARGA!
banyaknya..
ReplyDeletehebat tuan.masih mengumpul?
ReplyDelete