Rasa lenguh-lenguh badan? Sekarang ada kerusi urut yang boleh memberi urutan belakang, bahu dan leher pada satu masa. Ciptaan terbaharu OGAWA ini telah menarik perhatian saya untuk membelinya. Cara penggunaannya pun senang, selain mudah alih untuk diletakkan di mana-mana sahaja untuk keselesaan pengguna. Mobile Seat NE ini didatangkan dengan beberapa fungsi urutan, seolah-olah belakang sedang diurut oleh tukang urut. Paling saya suka, fungsi urutan pada bahagian leher. Terasa kelegaan dan kesegaran badan setelah membuat beberapa sesi urutan.
Bentuk dan saiz yang sesuai membolehkan kerusi urut ini
diletakkan di atas sofa sedia ada.
Apabila suis dipasang, nampak lampu merah di atas?
Itulah tombol yang mengurut belakang
dan bahagian leher kita. Boleh juga ditutup dengan pelapik khas.
Kita boleh melaraskan sendiri jenis dan tahap urutan mengikut kesesuaian diri
dengan menggunakan 'remote' yang disediakan.
Kerusi urut OGAWA ini boleh dibeli dengan harga RM1499.
Selamat mencuba!
wahh..hrga bole bli ni..
ReplyDelete