Comel dan ada gaya tarikan tersendiri seni felt ini. Apatah lagi kalau kraf yang dihasilkan itu ada kelainannya. Burung hantu pun nampak cantik kalau kena caranya. Entri ini saya paparkan antara koleksi seni felt hasil kerja tangan warga tempatan Kelantan, Ummi Felt & Craft Supplies. Jom cuci mata tengok antara hasil kreativiti mereka.
Macam-macam ada dengan harga berpatutan
Selain boleh mendapatkan kraf yang sudah siap, pelanggan juga boleh membuat tempahan seperti cenderahati, doorgift perkahwinan, keychain, pencil case, props, fridge magnet dan lain-lain. Senang cerita, sila hubungi nombor ini, 011-12190199.
menarik dan kreatif
ReplyDelete