expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 27, 2016

Kenapa dipotong Bucida ini?


Amboi... nak tunjuk rajin ker tu? Haha.. takde lah rajin sangat, sekadar nak bagi nampak cantik sikit pokok kat depan rumah ni. kalau berserabut, nanti fikiran kita juga turut berserabut. Alkisahnya, pokok bucida atau pokok doa di halaman rumah kami semakin membesar dan daunnya semakin merimbun. Jadi dahan yang dirasakan tidak perlu itu saya potong saja!



Itulah pokok asal, dahan dan daun yang hampir mencecah bumi. Pokok-pokok bucida yang lain elok saja tingkatnya. Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk memotong saja tingkat paling bawah pokok itu.



Tadaaaa... inilah hasilnya. baru nampak batang pokok bucida ini. 



Sekarang ada 7 batang pokok bucida hijau di halaman rumah saya. Semuanya sudah tinggi melebihi 3 tingkat. Pokok bucida putih pun kami tanam juga, tapi tak perlulah diceritakan dalam entri ini dulu. Hehe... nantilah suatu hari nanti saya buat entri pasal bucida putih pula. Semoga pokok-pokok doa ini terus subur dan menjadi teduhan di laman rumah kami!


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.