expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, October 22, 2016

Akok Padang Enggang dibakar Menggunakan Arang


Suka makan akok? Tak perlu tunggu bulan puasa untuk menikmati akok. Kalau di Kelantan, akok boleh didapati bila-bila masa sahaja. Jom saya perkenalkan akok istimewa dan popular di Kota Bharu, Akok Padang Enggang, sempena nama tempat iaitu Padang Enggang. Istimewanya akok ini, dibakar menggunakan arang sepenuhnya. Selain rasanya yang sedap, akok ini juga bersaiz besar dan tebal. Harganya cuma RM 1 bagi dua biji. Kerap juga saya membeli akok Padang Enggang ini. Memang puas hati  dapat makan akok panas-panas.



Adunan yang telah siap, sedia untuk dibakar



Akok di atas dapur arang, atas bawah arang



Kepada yang berada di sekitar Kota Bharu bolehlah singgah.
Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi 019-9332464


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.