Durian Monthong, sangat popular akhir-akhir ini. Keunikan dan keistimewaannya menjadi trending dalam kalangan masyarakat kita untuk menanamnya. Harganya pun tidaklah semahal di awal kemunculannya dulu. Ramai juga yang mengambil kesempatan membuat bisnes jualan pokok ini. Sempena 1 Muharram 1438H ini, saya juga mengambil kesempatan untuk menanam 2 batang pokok durian Monthong. Tanam depan rumah lagi ni. Hehe... Sila abaikan hutan rimba di sekitar tempat penanaman pokok itu. Haha...
Mengikut kata penjual pokok ini, juga sembang-sembang netizen, pokok durian Monthong ini akan berbuah seawal 3 tahun. Wah! satu jangkamasa yang pendek! Pokok ini juga boleh ditanam cuma di dalam pasu yang besar. Gambar contoh sebelah kanan itu pokok durian Monthong yang ditanam di dalam pasu sedang berbuah. Tak sabar nak tunggu pokok durian yang ditanam sendiri ini mengeluarkan buahnya. Saya dah tanam, anda bila lagi? Jadi kepada yang belum menanam pokok durian Monthong, apa tunggu lagi, jom dapatkan pokok durian Monthong untuk ditanam di halaman rumah sendiri.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDurian ni boleh tanam dalam pasu ke?
Kt mna bole dpt benih
ReplyDelete