expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, October 11, 2016

Ikan Keli dalam Sangkar di Rumah


Menternak ikan keli dalam sangkar bukan lagi sebagai hobi. Sebaliknya boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan jika kena caranya. Baru-baru ini saya dan keluarga sempat berkunjung ke rumah Puan Rubaidah di Pasir Putih, Kelantan untuk melihat dengan lebih dekat ternakan ikan keli dalam sangkar. Begitu seronok anak-anak dapat melihat dan memberi makan ikan-ikan keli dengan lebih dekat. Kalau dipandang dari jauh mungkin kita tidak menyangka di dalam sangkar-sangkar tersebut terdapat beribu-ribu ekor ikan keli pelbagai saiz. Tuan rumah sering menerima banyak tempahan ikan keli sama ada dari kedai-kedai makan berdekatan mahupun orang perseorangan.







Selain ikan, Tuan rumah juga memelihara arnab, ayam, dan kucing



Selain menternak ikan keli dalam sangkar, di rumah Puan Rubaidah juga terdapat kolam ikan yang menempatkan ikan-ikan kap Jepun yang cantik. Maaf dalam gambar tidak kelihatan ikan-ikan kap kerana semasa gambar dirakam, ikan-ikan kap berada di ruang sebelah lagi kolam berkenaan. Tahniah kepada tuan rumah kerana membina sendiri taman mini dan kolam ikan berkenaan. Terima kasih kerana menerima kunjungan kami sekeluarga.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.