expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 19, 2016

Nasi Netup Kak Ku memang Meletup


Pertama kali tengok nama kedai ini, sudah ada kelainannya. Terbaca publisiti tentangnya dalam FB, maka saya telah ke sana untuk melihat dengan lebih dekat kedai ini, seterusnya merasa sendiri menu nasi berlauk yang diviralkan itu. "Netup" dalam loghat Kelantan yang sama maksudnya dengan meletup atau meletop! Dengan kata lain, nasi yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan penggemar nasi berlauk. Di Kelantan, nasi berlauk seolah-olah menjadi menu wajib setiap pagi untuk bersarapan. Jom kita tinjau kedai nasi Netup Kak Ku ini.



Kedai makan ini bersaiz biasa sahaja. Cuma sedikit kelainan apabila dihias dengan gambar-gambar lama di dinding kuningnya. Terdapat juga aksesori klasik yang lain untuk menambah seri. Peminat foto dan barang antik mesti suka ni!





Rasa nasi berlauknya memang boleh tahan. Menu daging tumbuk kicapnya pun sedap. Sudah beberapa kali saya makan bersama keluarga di sini. Kami makan lauk campur macam dalam gambar di atas. 



Lokasi kedai nasi ini di Kota Bharu, Kelantan. Boleh rujuk gambar di atas.
Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah ke sana.



Cubalah sendiri, pasti ada kelainannya.


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.