Sejak dilahirkan 3 bulan yang lepas, kami tidak kenal pun siapa bapa kami. Apapun, kami cukup bertuah kerana mempunyai ibu yang sangat penyayang. Sentiasa membelai, menjaga dan menyusukan kami seadanya. Sejak berpindah tuan dan rumah sebulan yang lepas, ibu turut dibawa bersama. Nasib kami memang baik kerana tidak dipisahkan. Tapi hari ini, segalanya berubah, ibu telah pergi buat selamanya...
Mungkin itu luahan 2 beradik yang baru kehilangan ibu. Biarpun hanya seekor kucing, kehilangannya sangat dirasai. Baru sebulan kami membela 3 beranak ini, tapi sudah ditakdirkan ajalnya di sini. Si ibu dijumpai mati di tepi jalan berhampiran pintu pagar rumah kami. Barangkali telah dilanggar oleh kenderaan malam tadi. Jadi kami telah kebumikannya dalam kawasan rumah.
Tinggallah si yatim ini yang pastinya merindui si ibu
alaa..kesiannya :(
ReplyDeletekesian anak2 bulus tu kehilangan ibu..
ReplyDelete