expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 27, 2016

Bercuti di Sanctuary Resort Cherating


Sebelum berakhir tahun 2016, sempatlah juga kami pergi bercuti. Bukan jauh pun, cuma di Cherating, Pahang. Dalam cuaca yang tidak menentu, hujan sana sini, akhirnya sampai juga ke sini buat pertama kalinya. Resort penginapan kami ialah Sanctuary Resort Cherating. Resort berkonsepkan apartmen ini cukup selesa untuk percutian bersama keluarga. Tidak hairanlah resort ini juga turut menjadi pilihan untuk pelbagai aktiviti secara berkumpulan seperti hari keluarga, kem motivasi, juga sebarang kursus.

  

Selesa untuk bersantai bersama keluarga



Paling penting untuk kami memilih resort ini ialah 
kolam mandinya yang sesuai untuk seisi keluarga. 



Mandi jangan tak mandi





Pemandangan yang cantik dengan pantai yang bersih



Pengunjung juga berpeluang menyaksikan pemandangan bot-bot nelayan di sebelah resort ini. Pagi yang mendung dengan hujan yang turun membasahi bumi, tak dapatlah nak saksikan matahari terbit. Apapun, pantai yang luas saujana mata memandang cukup mendamaikan. Harga penginapan di sini, bolehlah google sendiri di website Sanctuary Resort. Selamat bercuti!


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.