Bukit Gambang Water Park, Kuantan kami datang! Kunjungan kedua kami sempena cuti sekolah dan cuti Krismas, setelah sekian lama tidak ke sini. Biarpun cuaca tidak menentu dengan hujan lebat di Kuantan, kami pergi juga ke sana. Alhamdulillah, sampai di Bukit Gambang Water Park, cuaca mendung sahaja sepanjang hari tersebut. Ramai betul pengunjung, hampir satu jam beratur untuk membeli tiket masuk. Pelampung, cabana, dan loker sudah habis disewa. Nasib baik ada bawa pelampung kecil untuk anak-anak.
Masa pergi hari tu, tak ada tiket diskaun. Jadi harga tiket untuk dewasa RM 35 seorang dan kanak-kanak RM 25 seorang. Dah tujuan nak datang ke sini, masuk sajalah, tak payah fikir pasal harga tiket.
Tempat ini memang sesuai untuk anak-anak main air. Mainlah sepuas-puasnya. Orang dewasa kalau temankan anak-anak, kira oklah juga... Tapi kalau saja-saja jer datang nak main air tanpa anak-anak, rasa macam tak sesuai pula. Hehe...
Mungkin kami akan ke sana lagi suatu hari nanti!
selamat tahun baru
ReplyDeleteAlhmdulillah mmg ssuai bw family briadah =)
ReplyDeletebestnya..memang ada dalam wish list tapi masa jer taktau lgi bila boleh pergi
ReplyDelete