KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, January 19, 2017

Hentian R&R Perasing Berhantu?


Selesa, luas dan menarik. Itulah yang saya boleh katakan apabila pertama kali singgah di Hentian R&R Perasing, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Semuanya nampak baharu dan sangat sesuai untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan. Cuma saya rasa agak hairan kerana bilangan pengguna lebuhraya yang singgah di sini tidak ramai berbanding Hentian R&R lain. Persoalan itu menjadi tanda tanya sehinggalah saya terbaca artikel Sinar Online ini...


Petikan Sinar Online 19/1/17


Oh rupa-rupanya Hentian R&R ini pernah menjadi tular dengan cerita-cerita hantu atau gangguan mistik sebelum ini.  Hal ini di luar pengetahuan saya, kerana saya sendiri jarang menggunakan LPT2 ini. Semestinya kalau kita dihebohkan dengan cerita-cerita sebegini, pasti terdetik juga perasaan seram untuk singgah. Nasib baik masa singgah tempohari belum tahu pasal ini. Hehe....



Petikan Sinar Online 19/1/17

Apapun cerita negatif yang disebarkan, pasti membawa kesan kepada para peniaga di sini. Jika benar bagai dikata tentang gangguan mistik, maka sesuatu perlu dilakukan . Sebaliknya, jika perkara ini hanya cerita-cerita yang tidak berasas, elok dihentikan agar sumber pendapatan peniaga di sini tidak terjejas.



Satu kerugian sekiranya Hentian R&R yang cantik dan selesa ini tidak digunakan atau dimanfaatkan oleh semua. Saya memang setuju jika tempat ini turut dijadikan pusat informasi pelancongan, mahupun apa saja yang boleh memberi manfaat kepada pengguna. khususnya pengguna LPT2. Selain berhenti rehat, mereka juga boleh mendapatkan info berguna tentang sesuatu perkara di hentian ini.



Kemudahan yang disediakan memang selesa



Semoga Hentian R&R Perasing akan terus menjadi singgahan pengguna LPT2


4 comments:

  1. Salam ziarah.. sepatutnya RNR ini tidak menjadi gajah putih..

    ReplyDelete
  2. Aq pnah lalu kat lpt2. Mase tu ingt nak singgah jap kat rnr perasing tok mkn . Tp keadaan die yg jauh ke ujung teperosok wat kan aq x jadi singgah.

    ReplyDelete
  3. Semalam baru singgah. Hala ke Kuala Terengganu. Tempat ni ceruk ke dalam. Mujur semalam ramai orang, kalau tak ramai, rasanya tak berani nak singgah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.