Ketika melalui jalan di Kampung Bari Kecil, Setiu, Terengganu kelihatan satu kedai makan serba merah dengan deretan kereta di tepi jalan, dipenuhi ramai pelanggan. Kami pun berhenti untuk melihat apakah gerangan yang menarik di kedai ini. Oh... rupa-rupanya inilah kedai makan layan sampai kenyang, tambah percuma, dengan konsep bayar dulu dan layan diri. Apa lagi, elok juga mencuba ni!
Jom tinjau apa yang ada... macam-macam ada, nasi goreng ikan rebus RM5, laksa RM3, rojak buah RM3, pasembor RM4 dan paling saya suka air cendol cuma RM2 semangkuk. Siap boleh tambah lagi.. bayar sekali tambah banyak kali. Hehe..untunglah bagi yang makan banyak dan tak malu nak pergi tambah banyak kali.
Apapun, tahniah kepada tuan kedai kerana berjaya mengetengahkan konsep kedai makan sebegini. Selain ada kelainannya, sekurang-kurangnya bolehlah meringankan kos makan sesetengah orang. Semasa melalui jalan utama di Tok Bali, baru saya perasan ada satu lagi kedai makan seumpamanya. Mungkin kedai makan ini juga sudah mempunyai beberapa cawangan di tempat lain.
Kepada anda yang melalui jalan ini, bolehlah singgah makan di sini. Seronok lagi kalau pergi bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. Cubalah sendiri...
Menarik nie. Boleh cuba kalau sampai ke Setiu
ReplyDelete2 minggu lepas masa pergi Besut, saya teringin sangat nak singgah di i tapi tak sempat
ReplyDeleteKat N.9 ade gak camni "Cendol Dawi" tp skunk ni cendolnye makin xsedap...'
ReplyDelete