KOLEKSI ISTIMEWA

Tuesday, January 17, 2017

Sandal Diadora Penuhi Citarasa Saya


Bukan senang untuk mencari sandal yang dapat memenuhi citarasa masing-masing. Bagi saya, sandal Diadora ini memang sesuai untuk saya. Pertama kali melihatnya, hati sudah tertawan. Baik saya beli terus, kerana kalau bertangguh, mesti satu hari nanti saya akan pergi cari semula sandal ni! Banyak kali sudah terjadi, sesuatu produk yang saya berkenan pada pandangan pertama itu, pasti akan dibeli juga suatu hari nanti biarpun beberapa kali cuba melihat produk yang lain. Berbalik kepada sandal Diaodora ini, kenapa saya beria-ia membelinya?



Orang kata dari mata turun ke hati, Betul tu! Pertama kali tengok sudahpun berkenan. Haha... Saya sukakan rekabentuknya yang simple, dan sesuai dengan rupa bentuk kaki saya. Kalau beli baju kena ukur di badan sendiri. Jadi kalau nak beli sandal, mestilah ukur di kaki sendiri juga kan. Selain itu kombinasi warna cokelat tua dan muda ini memang cantik. Itu pada pandangan sayalah, orang lain saya tak tahu!



Sandal ini juga lembut, tidak menyakitkan kaki apabila memakainya. Sesuai digayakan dalam pelbagai situasi. (cewah...) Pakai ke pasar malam pun boleh ni!. Harganya pun kira mampu belilah kan, setanding dengan kualiti yang ditawarkan.



Nampak kemas jer jahitannya



Mungkin suatu hari nanti ada sandal lain pula yang memikat hati..


3 comments:

  1. barulah sedap berjalan ye tak?
    Tedi menabung aroi makmak dot com

    ReplyDelete
  2. jun pun mcm tu, kalo da jatuh hati confirm beli, mcm cinta pandang ptama gitu =D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.