Kepada peminat madu kelulut, gambar di atas mungkin tidak asing bagi anda. Tapi ada juga yang tidak tahu menahu tentang proses penghasilan madu ini, cuma membeli madu yang dah siap dibotolkan di pasaran. Saya sempat melihat proses pengumpulan madu kelulut yang diusahakan oleh seorang kenalan, di kawasan rumahnya. Sebotol madu kelulut seperti dalam gambar di atas boleh mencecah sehingga RM300. Wow..lumayan!
Inilah gambaran dalam sarang tempat kelulut mengumpulkan madu. Begitu gigih sang kelulut ini mengumpulkan madu-madu yang dibawa dari segenap tempat ke dalam sarang mereka. kerajinan mereka mengumpul madu seumpama peribahasa, Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Rumah Kelulut...Ini batang pokok yang dijadikan rumah kelulut.
Mahal juga tu, boleh mencecah ratusan ringgit.
Mahal juga tu, boleh mencecah ratusan ringgit.
Nampaknya kelulut ini sudah biasa dengan sarangnya, saya kat sebelah sarangnya pun tidak dihiraukan. Hehe... Tapi awas... mungkin ada juga spesies yang boleh menyerang manusia.
Inilah pokok air mata pengantin yang menjadi kesukaan kelulut untuk mendapatkan madu bunganya. Saya tidak tahu macamana pokok ini mendapat namanya. Cantik juga dijadikan hiasan laman rumah. Kira dua dalam satu, untuk hiasan, juga untuk menjadi tarikan bagi kelulut mendapatkan madu!
Tahniah kepada pengusaha madu kelulut ini. Semoga usaha anda mendapat pulangan yang setimpal.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.