expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, March 22, 2017

Pesta Orkid & Flora 2017


Pesta Orkid dan Flora kembali lagi untuk edisi 2017. Bertempat di RTC Kelantan di Kota Bharu, pesta ini bermula 22 Mac hingga 1 April 2017. Kepada peminat orkid dan flora yang lain termasuk pokok buah-buahan, bolehlah ke sana. Karnival anjuran FAMA ini dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, dan masuk adalah percuma. Boleh segarkan mata anda dengan melihat kecantikan orkid berwarna-warni, juga bunga-bungaan lain. Pelbagai pokok buah-buahan turut dijual kepada pengunjung dengan harga yang berpatutan. Jom tengok dulu gambar yang sempat saya rakam...



















Kepada anda yang berada di sekitar Kota Bharu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pokok-pokok bunga segar dari ladang! juga pokok-pokok buah-buahan tempatan. Gerai jualan makanan, minuman dan sebagainya juga ada disediakan. Kita cuma perlu sediakan duit sahaja. Hehe...


2 comments:

  1. Awal thn ritu ade jgk buat kat Jempol,N.9... Cikna sempat beli pokok nangka&baju je klu pokok orkid mmg xminat..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.