expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, October 19, 2017

Apa ada di Tanjung Dawai?


Akhirnya kami sampai juga di Tanjung Dawai. Sebelum ini cuma dengar cerita dan baca dalam blog-blog orang lain jer. Nak ke sini dari Sungai Petani mengambil masa 40 minit. Berbaloi juga perjalanan yang lama apabila sampai, dapat melihat laut dan keindahan pantainya. Dari Tanjung Dawai kita dapat lihat Pantai Merdeka yang terletak bertentangan dengan Tanjung Dawai.. Apa ada di Tanjung Dawai ni?


Pertama sekali tengok papan tandanya dulu! Agak lusuh mungkin sebab dah lama. Masa kami sampai, waktu tengah hari, cuaca agak panas jadi tak boleh lama-lama di tepi pantai. Jadi kami singgah makan dulu. Ada banyak kedai makan berhampiran jeti Tanjung Dawai ini. Pilih saja yang berkenan. Saya pilih ikan bakar! Harganya pun berpatutan.



Sedap makan ketika perut lapar, sambil menikmati hembusan angin dari arah laut.



Selepas makan bolehlah tinjau-tinjau hasil laut yang dijual di pasar di tingkat atas tempat makan tadi. Macam-macam ada. Ikan kering, keropok, belacan dan sebagainya. Elok juga dibeli sebagai buah tangan tanda kita dah sampai di Tanjung Dawai.



Ada orang kata ikan talang ini sedap digulai bersama nanas.
Harga berbeza mengikut saiz. RM 15 - RM25 atau mungkin lebih.



Sotong kering pun ada



Jadi kalau ke Sungai Petani, jangan lupa untuk datang ke Tanjung Dawai
salah satu tarikan atau tempat menarik untuk dikunjungi.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.