Anda bercadang untuk ke Sungai Petani, Kedah? atau memang sedang berada di sana dan tak tahu nak ke mana-mana? Jom saya cadangkan satu tempat menarik yang patut dikunjungi, iaitu Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Kami ke sana baru-baru ini pun bukan dirancang, cuma kebetulan berada di Sungai Petani, dan google tempat-tempat menarik untuk dilawati. Muzium ini terletak kira-kira 23 km dari bandar Sungai Petani, atau kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan kereta. Apa yang menarik di sini?
Kalau dah namanya muzium, mestilah banyak tinggalan sejarah atau barang-barang lama kat sini. Sesuai benarlah bagi yang meminati sejarah. Murid-murid sekolah memang patut dibawa ke sini untuk melihat dengan sendiri ribuan koleksi arkeologi yang membuktikan Lembah Bujang sebagai pusat perdagangan utama di Asia Tenggara pada kurun ke-3 Masehi hingga ke-14 Masehi.
Paling menarik, kita dapat menyaksikan beberapa buah candi yang ada kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan agama Hindu/Budha. Landskap yang cantik dengan persekitaran hutan dan aliran sungai juga sesuai untuk merehatkan minda.
Sesuai untuk lawatan keluarga mahupun rombongan sekolah.
Masuk adalah percuma...
Antara candi yang terdapat di sini
Saya ke sana cuma seketika sahaja akibat kesuntukan masa. Jadi hanya sempat melihat-lihat dan merakam gambar sahaja. Tak sempat untuk membaca maklumat-maklumat penting tentang tinggalan arkeologi tersebut. Kepada yang betul-betul inginkan maklumat arkeologi tentang Lembah Bujang, eloklah datang awal dan luangkan banyak masa di sini. Mungkin separuh hari!
Kepada yang bercadang ke Sungai Petani, Kedah, eloklah masukkan tempat
ini dalam atur cara lawatan anda. Tak rugi ke sana, banyak maklumat
penting untuk pengetahuan sendiri, keluarga mahupun masyarakat.
Jom ke sana!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.