KOLEKSI ISTIMEWA

Monday, October 23, 2017

Tempat-tempat Menarik di Sungai Petani


Anda bercadang ke Sungai Petani? atau sedang berada di Sungai Petani? Jom saya kongsikan beberapa tempat menarik untuk anda lawati, berdasarkan pengalaman saya sendiri ke sana baru-baru ini. Menara Jam Besar terletak di bandar Sungai Petani, dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Marry.



Muzium Arkeologi Lembah Bujang. 23 km dari bandar Sungai Petani, terletak di Bukit Batu Pahat, dalam Mukim Merbok. Banyak artifak arkeologi dipamerkan dalam galeri, juga terdapat candi-candi yang sesuai untuk dilawati terutamanya penggemar sejarah. [KLIK SINI]



Tanjung Dawai. Di sini terdapat Kompleks LKIM, arked dan jeti Tanjung Dawai. Pengunjung boleh menikmati pelbagai menu termasuk ikan bakar di medan selera. Best sangat makan menghadap laut. Jangan ketinggalan untuk membeli pelbagai hasil laut yang dijual di arked ini. Kalau nak ke Pantai Merdeka, anda boleh menaiki bot di jeti Tanjung Dawai. Tambang RM3 untuk seorang. Dekat jer, 3 minit dah sampai. [KLIK SINI]





Pantai Merdeka. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, pengunjung boleh menaiki bot tambang dari Tanjung Dawai untuk ke sana. Kalau nak melawat kawasan sekitar seperti ikan dalam sangkar pun boleh sewa bot.  Pergi balik dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka untuk satu bot yang tidak lebih 10 orang ialah RM 90. Di Pantai Merdeka ada banyak kedai makan dan gerai-gerai jualan cenderahati. Jangan lupa makan ABC mangkuk besar! [KLIK SINI]


The Carnivall Water Park. Kalau anda membawa keluarga semasa berada di Sungai Petani, saya cadangkan pergilah ke The Carnivall Water Park ini. Biarpun tidak setanding Gambang Water Park, tapi cukup sesuai untuk aktiviti main air bersama keluarga. 5 km sahaja dari pusat bandar Sungai Petani. [KLIK SINI]

Itu sahaja beberapa tempat menarik di Sungai Petani yang sempat kami lawati. Mungkin ada lagi tempat-tempat menarik yang lain, bolehlah anda terokai. Semoga sedikit info ini boleh memberi idea atau gambaran untuk percutian anda ke sini.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.