KOLEKSI ISTIMEWA

Sunday, October 22, 2017

The Carnivall Water Park, Sungai Petani


Pertama kali saya sampai ke sini. The Carnivall Water Park Sungai Petani ini tidaklah sebesar Gambang Water park atau lain-lain taman tema air yang tersohor di Malaysia. Bagaimanapun, bagi anda yang berkunjung ke Sungai Petani, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini. Sangat sesuai untuk  seisi keluarga, khususnya yang datang bersama anak-anak.


Terletak tidak jauh dari bandar Sungai Petani, berhampiran Cinta Sayang Resort. Dibuka setiap hari  bermula jam 11 pagi hingga 6 petang. Tiket masuk pada hari bekerja (Isnin-Khamis) RM20 bagi dewasa, dan RM 18 bagi kanak-kanak. Manakala  pada hari minggu, cuti umum dan cuti sekolah pula RM 28 bagi dewasa dan RM 26 bagi kanak-kanak.



Makanan dari luar tidak dibenarkan dibawa masuk. Kat dalam ni terdapat kafe untuk makan minum. Bawa duit jer. Hehe.. Kemudahan bilik persalinan, tandas, surau, loker, pelampung, kedai cenderamata pun disediakan. 



Mesra keluarga kerana terdapat banyak tempat rehat berbumbung disediakan. Ibu bapa yang tak mahu masuk kolam, bolehlah menunggu di sini ketika anak-anak mandi-manda. Tiada bayaran dikenakan untuk ruang menunggu ini.



Pelbagai aktiviti untuk dewasa, remaja mahupun kanak-kanak. Paling mencabar, high speed slides. Pengunjung dewasa boleh merasai pengalaman meluncur laju di atas gelungsur, melalui dinding yang tinggi. Selain itu ada juga body slides terbuka dan tertutup.



Paling enjoy bersama keluarga, menyusuri lazy river dengan menaiki pelampung.









Dah siap main air, sebelum pulang jangan lupa untuk mengabadikan foto bersama ahli keluarga sebagai kenangan. Harapan saya entri ini dapat memberi sedikit info kepada anda tentang salah satu tempat menarik untuk dikunjungi sekiranya ke Sungai Petani.


2 comments:

  1. do follow blog ni

    waaa... sonoknya main air... gambang, wet world, apa je le berkaitan air mmg menjadi kegilaan anak2...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.