expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, January 20, 2018

Pasar Terapung Pengkalan Datu


Sejak beroperasi hujung tahun lepas, saya belum berkesempatan ke sana. Hari ini, dapat juga menjejakkan kaki ke Pasar Terapung Pengkalan Datu, Kota Bharu. Pasar Terapung ini dibuka setiap Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Kebetulan pula hari ini hujan turun tak berhenti, mungkin suasana tidak semeriah seperti kebiasaan. Bagaimanapun urusniaga jual beli tetap berlangsung.


Pemandangan sungai yang mendamaikan memberi suasana tenang untuk membeli-belah mahupun menikmati hidangan makanan bersama keluarga di hujung minggu. Tak kurang juga yang datang ke sini semata-mata untuk merakam foto kenangan.







Gerai jualan seperti pasar tani ini terdapat di daratan, akan dilalui oleh pengunjung sebelum sampai ke pasar terapung yang berada di sebelahnya.





Pengunjung juga boleh  menikmati  makanan di meja yang terdapat di restoran terapung ini. Kepada anda yang berkunjung ke Kelantan, khususnya Kota Bharu, bolehlah cuba ke sini dan merasai sendiri pengalaman 'floating market'.

3 comments:

  1. wah..baru tahu dekat sana ada pasar terapung nih

    ReplyDelete
  2. Masih beroperasi ke pasar terapung ni. Sebab belum pernah pergi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.