Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi apabila berada di Tasik Kenyir ialah air terjun Saok. Perjalanan menggunakan bot dari jeti pengkalan Gawi ke sini mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Tambang ke sini untuk satu bot pergi dan balik ialah RM 150.
Pemandangan yang cantik dan semulajadi menenangkan jiwa. Kebetulan kami sampai, terdapat 2 buah houseboat turut singgah di sini. Para penumpang sedang mandi-manda di bahagian bawah air terjun. Kami memilih untuk memanjat tangga ke bahagian air terjun di atas,
Pemandangan yang menyejukkan mata.
Air terjun ini nampak deras dan kurang sesuai untuk mandi-manda terutamanya bagi kanak-kanak. Bagaimanapun udara di sini sangat segar dan airnya terasa sejuk. Kami sekadar lepak-lepak di tepinya saja memerhatikan keindahan alam. Suasana memang sunyi sekiranya tiada pengunjung lain ataupun houseboat berlabuh di sini.
45 minit di air terjun Saok, kami kembali semula ke jeti menunggu bot yang akan membawa kami ke pengkalan Gawi. Bagi yang membawa anak-anak, eloklah berhati-hati kerana tempat ini tidak sesuai untuk anak-anak mandi-manda.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.