Sudah lama tidak ke sini, hebat juga pembangunan di sekitar tasik Kenyir sekarang. Saya sempat berkunjung ke sini baru-baru ini untuk melihat keindahan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara ini. Biarpun tujuan asalnya untuk membawa anak-anak ke Kenyir Waterpark, namun malang sekali kerana pada masa ini Kenyir Waterpark masih ditutup kepada pengunjung kerana kerja-kerja pengubahsuaian. Silap juga kerana tidak 'survey' tentang Kenyir Waterpark, jadi kami tidak tahu yang ia ditutup sekarang. Tak pasti pula bila akan dibuka semula.
Pemandangan yang cantik dari atas
Macam-macam aktiviti boleh dilakukan di sini. Kita boleh menempah bot-bot yang ada di jeti Pengkalan Gawi untuk pergi ke tempat-tempat menarik sekitar Tasik Kenyir. Ada macam-macam pakej dengan harga berbeza. Bagi yang ingin merasai pengalaman menaiki 'houseboat' pun ada. Biasanya pakej 3 hari 2 malam. Anda boleh melihat lebih 340 buah pulau sekitar Tasik Kenyir ini.
Nak ke Kenyir waterpark tak dapat, jadi kami memilih untuk ke air terjun Saok dan Taman Herba. Bayaran untuk satu bot ke sana RM 150. Perjalanan ke sana dari jeti Pengkalan Gawi kira-kira 20 minit. (pengalaman ke sana akan dimuatkan dalam entri akan datang)
Sungguh nyaman menikmati keindahan alam sekitar Tasik Kenyir
Pemandangan dari atas bot
Di jeti Pengkalan Gawi
Kalau nak makan, boleh saja ke medan selera yang menyediakan
pelbagai menu makanan
pelbagai menu makanan
Kedai bebas cukai di Pengkalan Gawi.
Kepada yang ingin merasai kelainan bercuti dengan alam sekitar, datanglah ke Tasik Kenyir, Taman pelancongan Akua Eko.
lama tak pergi tasik kenyir
ReplyDeletesekarang mesti macam2 ada
bestnya g bercuti..:)
ReplyDelete