Percaya atau tidak, makanan dalam gambar ini sangat popular bagi sesetengah orang. Kari kepala kambing! Wah... sangat eksotik dengan lidah kambing yang terjelir itu. Bukan saja kepala kambing, malah otak kambing pun ada orang suka makan tau! Masing-masing punya kesukaanlah kan.
Kuih tradisional ini mungkin jarang ditemui lagi. Di Kelantan lebih dikenali sebagai 'buah gomok'. Entah dari mana timbul nama sedemikian. Rasanya sedap dengan balutan tepung di luar.
Pulut kuning atau pulut semangat boleh dimakan dengan telur, rendang dan sebagainya. Diberi sebagai cenderahati dalam majlis tertentu. Sekarang ini pulut kuning ada dijual di pasar-pasar tani dan sebagainya. Jadi boleh dibeli kalau mengidam!
Semua kenal nasi kerabu. Gambar ini nasi kerabu golok. Tidak menggunakan tumis, sebaliknya budu khas sebagai pelengkap.
Buah katak puru... nama pun menggelikan, tapi sedap. Ada yang mengidam nak makan buah ini semasa mengandung. Hehe...
Ikan bakar... sedap dimakan dengan pencicah khas. Macam-macam pencicah mengikut selera masing-masing. Kedai ikan bakar pun banyak, di mana-mana saja. Janji ada duit!
Itu saja koleksi makanan untuk kali ini. Jangan lupa follow instagram saya, @kembaraminda7
sdapnya la..:)
ReplyDeletejemput baca & komen..:https://norminieza.blogspot.my/2018/02/petua-atasi-kulit-bermasalah-glow.html