Makan bubur asyura memang sedap. Tapi untuk membuatnya, bukan mudah. Bermula dengan proses penyediaan bahan, diikuti mengacau sehinggalah masak, mengambil masa berjam-jam lamanya. Kali ini saya kongsikan aktiviti membuat asyura di SMKA Melor secara gotong -royong antara warganya. Semasa entri ini ditulis, bubur asyura tersebut belum dikacau dalam kawah lagi . Mengikut jadual, acara mengacau bubur asyura ini akan bermula pada jam 4.00 pagi nanti.
Abe Soh.. orang kuat merangkap ketua juru masak bubur asyura
Warga guru perempuan dan staf sekolah tekun menyediakan bahan untuk asyura
Anak-anak pelajar asrama gigih membantu
Hjh Naizan (Kak Zae)... pengarah projek asyura
Sambil bekerja, sempat lagi berswafoto
Rajin betul anak-anak ini menolong apa yang patut
Macam-macam gaya ada. Tak lengkap kalau tak 'posing'
Sebahagian daripada warga SMKAM yang sama-sama
bergotong-royong petang tadi.
bergotong-royong petang tadi.
Kita tunggu acara berikutnya, proses mengacau bubur asyura yang akan dilakukan oleh guru-guru lelaki pula. Jangan lupa datang ke sekolah jam 4.00 pagi nanti. Mungkin ada yang tertidur di depan kawah pula! Hehe..
awalnya start..pkl 4 pagi..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum KM7. Best juga Mallis Bubur Asyura ni. kat Bachok PPD Bachok anjurkan Majlis Bubur Asyura di PPD. Setiap sekolah di Bachok akan menyertainya.
ReplyDelete