Tidak lengkap rasanya kalau ke Kelantan, khasnya Kota Bharu kalau tidak singgah untuk bersarapan di sini. Kopitiam Kita sudah lama terkenal di Kelantan, mungkin juga di seluruh negara. Menu popularnya ialah roti titab. Rupanya macam dalam gambar di atas. Wah.. sedapnya!
Senang saja untuk mencari lokasi kedai Kopitiam Kita. Dibuka dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Saya perhatikan banyak kenderaan pengunjung dari luar Kelantan yang datang semasa hujung minggu dan cuti umum.
Pilihan saya, roti titab bersama teh tarik
Selain roti titab, pengunjung boleh merasai pelbagai nasi dan kuih-muih Kelantan yang siap dibungkus. Cuma jangan tiba lambat, nanti bekas itu kosong. Gambar-gambar di dinding itu adalah sebahagian daripada selebriti yang pernah berkunjung ke sini.
Tengoklah ramai betul pengunjung, kena sabar menunggu giliran untuk duduk.
Sebagai panduan kepada anda yang berhajat untuk ke sini.
Juga boleh menghubungi talian: 010-9100001
Macam menarik je ni..nanti kalau balik kelantan, kena singgah niiii.. Terima kasih!
ReplyDelete