Mana satu ejaan yang betul, koey teow? kuew tiaw? koew teow? atau kuetiau?. Menurut kamus dewan edisi keempat, ejaan yang betul ialah kuetiau, iaitu sejenis makanan dibuat daripada tepung beras. Ramai yang tidak kisah pasal ejaan, asalkan faham maksudnya, apatah lagi kalau dapat makan percuma. Hehe! Kali ini saya tidak berhajat untuk mengulas pasal kesalahan ejaan, tapi ingin berkongsi satu lagi restoran kuetiau yang baharu dibuka di Kubang Kerian, Kelantan.
Inilah restorannya, Masters Char Koey Teow, terletak berdekatan lampu isyarat Kubang Kerian. Dahulunya kedai ini adalah kedai tayar. Sekarang dah jadi restoran kuetiau. Nampak ceria dengan pemilihan warna kedai yang terang.
Jangan lupa untuk memesan teh ais madu
atau lebih mesra dipanggil teh beng madu. Sedap...
Lebih sedap kalau makan bersama keluarga.
Ada banyak pilihan menu kuetiau. Boleh cuba sendiri.
Selamat menjamu selera bossku!
hoho rupanya selalu ni mama salah ejaan hihi tq for sharing
ReplyDelete