expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 10, 2019

Kenapa Kami pergi lagi ke River Village Rooftop Restaurant?

   

Pemilihan kedai makan atau restoran mungkin disebabkan beberapa faktor. Ada yang mengunjungi lebih dari sekali sesebuah restoran yang sama mungkin disebabkan sesuatu tarikan. Bagi saya, makanan yang sedap, layanan yang baik, harga berpatutan dan persekitaran yang sesuai menjadi syarat penting untuk mengunjungi sesebuah restoran untuk kali kedua dan seterusnya. Kali kedua untuk saya dan keluarga makan di River Village Rooftop Restaurant di Bachok, Kelantan. Kenapa kami ke sini lagi?



Kalau berbicara tentang rasa makanan, mungkin kedai lain pun ada yang sedap juga kan! Sebab utama kami ke sini lagi ialah kelainan tempat makan iaitu di rooftop atau 'atas bumbung'. Seronok kan makan di tempat yang tinggi, biarpun sekadar restoran di kampung bukannya di KLCC. 



Ada banyak menu, boleh pilih mengikut citarasa masing-masing







Anak-anak memang suka menu western ni



Ketinggian restoran ini, berada di tingkat 3 bangunan. Kali pertama ke sini dulu semasa puan isteri saya mengandung 9 bulan. Gigih panjat tangga untuk sampai. Sekarang anak kami yang bongsu itu sudah berusia 6 bulan. 



Kalau ada kelapangan kami akan ke sini lagi.
Kepada yang berada di sekitar Bachok, atau yang berkunjung ke Pantai Irama,
bolehlah cuba singgah di sini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.