KOLEKSI ISTIMEWA

Monday, July 8, 2019

Selamat Tinggal Kucingku Sayang


Biarpun cuma seekor kucing, namun kehadirannya dalam keluarga kami sangat memberi makna. Hanya mereka yang menyukai haiwan peliharaan saja yang tahu perasaan seseorang yang kehilangannya buat selamanya. GEBU nama kucing pertama yang kami bela telah pergi buat selamanya. Tidak diketahui punca kematiannya kerana tiada tanda-tanda sakit sebelum ini.



Sudah empat kali GEBU melahirkan anak sepanjang hayatnya. Sehingga kini terdapat 11 ekor kucing keturunannya di rumah kami. Biarpun cuma kucing kampung yang biasa, tetapi kebanyakan anak-anaknya cantik dan berbulu lebat.



Sebagai kenangan, GEBU dikebumikan di bawah pohon kemboja di halaman rumah.





Satu-satunya anak GEBU yang terakhir kami namakannya YATIM. Kesian pula pada YATIM, mengiau-ngiau rindukan ibunya kerana ia masih menyusu badan. Disebabkan tidak mendapat kasih-sayang ibu, YATIM sentiasa mengekori keluarga kami.



Minggu lepas YATIM cirit-birit. Puan isteri sayalah yang membersihkan najis pada badan YATIM. Kami sudah memberinya ubat cacing dan ubat cirit-birit. Dua hari lepas nampak YATIM tak bermaya, diberi susu pun tidak menunjukkan respon.



Malam itu, YATIM pergi jua seolah-olah mengikut jejak ibunya. Kami sekeluarga terasa kehilangannya. Lebih-lebih lagi puan isteri saya, sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Anak-anak pun turut bersedih.



Berakhirlah riwayat kucing pertama dan zuriat terakhirnya.
Kenangan tetap terpahat dalam ingatan.



Kami berkongsi kisah kucing peliharaan ini dalam instagram 
@mykucingkami

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.