KOLEKSI ISTIMEWA

Saturday, November 9, 2019

Alatan Tradisional di Pasarina @ RTC Kelantan


Minggu lepas kami ke RTC Kelantan di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu. Singgah seketika di Pasarina, tempat jualan kraftangan, pakaian dan sebagainya. Ada satu kedai ni menjual hasil kerja tangan barangan yang dah lama tak digunakan, atau mungkin yang tak dikenalipun oleh anak-anak muda sekarang. 




Kreatif juga hasil rekaan ini.




Saya tak pasti kegunaan benda ni. Mungkin sejenis alat untuk memerah santan Haha..ye ker?



Ini gayung atau bekas cebuk air, biasa diletakkan dalam tempayan di tangga rumah.



Paling susah nak dapat sekarang, timba untuk digunakan di perigi.



Jadi kalau ada yang nak cari barang-barang ni, boleh datang ke RTC Kelantan.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.